fbpx

Kerajaan pastikan bekalan air tidak terjejas teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) meninjau takungan air Empangan Muda yang dikendalikan MADA di Gubir, Sik hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

SIK – Kerajaan akan memastikan bekalan air untuk kegunaan domestik, pertanian dan perindustrian tidak terjejas teruk sepanjang monsun barat daya yang bermula semalam hingga hujung September ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah taburan hujan pada musim itu lebih rendah sekali gus menyebabkan sumber air berkurangan.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan bersama agensi dan pihak berkaitan akan mengambil langkah perlu bagi memastikan pengguna air bagi ketiga-tiga kategori tersebut terjejas pada kadar minimum.

“Langkah-langkah telah dilakukan antara kerajaan pusat khususnya melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kementerian serta jabatan dan agensi untuk menyelaraskan semua permasalahan ini dengan pihak kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau situasi terkini takungan air Empangan Muda yang dikendalikan MADA di Gubir, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, operasi pembenihan awan akan dilakukan apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan taburan hujan berkurangan terutama di kawasan empangan.

“Terdapat tujuh sumber air yang akan sangat terjejas pada musim monsun barat daya ini dengan dua daripadanya di Kedah selain masing-masing dua di Perak dan Selangor serta satu di Sarawak,” ujarnya.

Beliau pada masa sama berkata, pihaknya juga mengambil langkah proaktif bagi menghadapi kejadian kebakaran kawasan tanah gambut.

“Kebakaran terbuka ini akan menyebabkan banyak kesan jangka pendek yang akan menjejaskan pengguna,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI