fbpx

Kemalangan maut: Terima kasih kerana Allah pinjamkan anak dan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASARUDDIN (tengah) memeluk dua anaknya, Ahmad Danish Basyir dan Siti Nur Khadijah sebaik sahaja tiba di pekarangan Hospital Kampar di sini hari ini.

KAMPAR – Suami mangsa kemalangan maut di Kilometer 310.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Gua Tempurung di sini, reda dengan ketentuan Ilahi meskipun terpaksa berdepan hakikat kehilangan isteri dan empat anak serentak.

Nasaruddin Abu Bakar, 53, berkata, dia tetap bersyukur kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang bersama dengan insan tersayang meskipun pinjaman itu terhenti hari ini.

“Macam mana pun saya perlu reda dengan pemergian mereka. Terima kasih kepada Allah kerana bagi (pinjamkan) mereka sepanjang tempoh 24 dan 23 tahun hingga yang paling kecil lima tahun.

“Saya berdoa mereka akan ditempatkan di syurga Allah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Kampar di sini hari ini.

Nasaruddin yang bertugas di syarikat penyelenggaraan infrastruktur lebuh raya di Bertam, Pulau Pinang berkata, dia mengetahui kejadian meragut nyawa isteri dan anak-anaknya itu selepas dihubungi pegawai polis sekitar pukul 5 pagi.

“Sekarang, sayalah ibu dan bapa untuk empat anak yang lain. Insya-Allah, kami akan meneruskan kehidupan dengan baik,” katanya.

Tambahnya, jenazah isteri dan empat anaknya akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan islam di Padang Rengas.

Dalam kejadian sekitar pukul 2 pagi itu, isteri Nasaruddin, Azriyani Abdul Latif, 45, maut bersama empat anak mereka setelah kereta yang dinaiki melanggar belakang lori muatan pasir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI