fbpx

JPJ Kelantan kenal pasti syarikat jual kereta terpakai kepada Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Misuari (dua dari kiri) bersama pengamal media yang menerima sijil penghargaan pada Majlis Penghargaan Sempena Kolaborasi Penguatkuasaan dan Jamuan Hari Raya di Pejabat JPJ, Panji dekat Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan sudah mengenal pasti beberapa premis syarikat jualan kereta terpakai di sini yang menjual kenderaan kepada warga asing terutamanya etnik Rohingya.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, siasatan pihaknya mendapati ada sesetengah syarikat menjual sebanyak hampir 10 buah kenderaan terpakai kepada warga asing terutamanya etnik Rohingya.

Menurutnya, selain menjual kenderaan kepada individu, syarikat-syarikat yang dikenal pasti ini dipercayai turut menyasarkan jualan kepada golongan warga asing.

“Kebiasaannya, warga asing akan memberi alasan bahawa mereka meminjam atau menyewa kenderaan semasa ditangkap memandu kenderaan di atas jalan raya.

“Apabila JPJ menjalankan siasatan lanjut, ada syarikat kereta terpakai didapati menjual kenderaan kepada warga asing,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penghargaan Sempena Kolaborasi Penguatkuasaan dan Jamuan Hari Raya di Pejabat JPJ, Panji di sini hari ini

Mengulas lanjut, Mohd. Misuari memberitahu, amalan penjualan kenderaan kepada warga asing tidak sepatutnya berlaku dalam urusan perniagaan dan syarikat yang terlibat seolah-olah bebas melakukan kegiatan tersebut.

Dalam perkembangan sama, menurutnya, sebanyak 26 kes melibatkan kesalahan pemandu warga asing yang memandu secara haram di atas jalan raya sudah dihadapkan ke mahkamah sejak April lalu.

“Daripada 26 kes yang telah didaftarkan di mahkamah, 24 kes telah direkodkan pengakuan bersalah manakala dua kes tidak hadir dan telah dikeluarkan waran tangkap.

“Kesemua pemilik kenderaan dan pemandu warga asing itu ditangkap Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Pewa) yang dijalankan di Ketereh dan Kok Lanas di sini,” katanya.

Mohd. Misuari berkata, kesalahan yang dilakukan oleh pemandu warga asing adalah memandu kenderaan tiada lesen, memandu kenderaan semasa lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan salah guna lesen kenderaan motor.

Menurutnya, pemilik kenderaan yang memberi sewa kepada warga asing ini telah berdepan dengan tindakan mahkamah apabila didakwa di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI