fbpx

Ibu tunggal berkorban demi bapa, abang dan adik OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aryani (kiri) membantu menguruskan abangnya, Mohd. Hanafi di rumah mereka di Kampung Losong Haji Shafie, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang ibu tunggal di Kampung Losong Haji Shafie di sini, terpaksa memikul tanggungjawab besar untuk menjaga bapa dan abangnya yang uzur serta adik perempuan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Aryani Amzah, 45, berkata, bapanya, Amzah Salleh, 70, me­ngalami masalah untuk berge­rak selepas terlibat dalam kemalangan di Marang pada tahun 1984.

“Kecederaan pada paha membuatkan bapa tidak mampu lagi bekerja sebagai tukang rumah dan keuzuran fizikalnya semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

“Adik bongsu, Suhaila, 27, me­ngalami kecacatan fizikal dan dia yang hanya boleh mengengsotkan badannya untuk bergerak,” kataya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Losong Haji Shafie di sini semalam.

Aryani berkata, sebelum ini, dia dan kakak ketiganya, Aryanti, 46, turut menjaga ibu mereka, Teh Ahmad yang terlantar strok sejak dua tahun lalu sebelum orang tuanya itu meninggal dunia pada 1 Syawal baru-baru ini.

“Belum reda kedukaan, kami sekeluarga terus diduga apabila abang kedua, Mohd. Hanafi, 49, yang menetap di Krubong, Me­laka tiba-tiba terkena penyakit misteri disyaki berkaitan saraf.

“Dia yang bekerja di sebuah kilang terpaksa pulang ke pangkuan kami untuk berubat secara tradisional,” katanya.

Aryani berkata, keluarganya kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450.

Tambah ibu kepada tiga anak itu, jumlah itu tidak mencukupi kerana kos perubatan, susu khas dan lampin pakai buang adik bongsu, bapa dan abang mence­cah RM1,000 sebulan.

“Selain bantuan adik-beradik lain, saya juga bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM40 sehari bagi membantu keluarga,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank Amzah bernombor 1110041000352489 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubungi Aryani di talian 01139172846.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI