fbpx

Gajus hadiah istimewa murid sempena Hari Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Harith (kiri) menghadiahkan sedulang buah gajus kepada Soh Theng (kanan) sempena Hari Guru di SK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I di sini menghargai jasa cikgunya dengan menghadiahkan buah gajus sempena sambutan Hari Guru hari ini.

Muhammad Harith Mohamad Erman, 11, berkata, hadiah gajus dari pokok yang ditanam di kawasan rumahnya itu sebagai tanda ingatan terhadap guru-guru yang amat dedikasi mendidik.

“Semalam saya berbincang dengan beberapa rakan sekelas untuk memberi hadiah yang sedikit berbeza daripada kelaziman kepada guru.

“Kebetulan sekarang ini musim gajus, saya minta izin ibu untuk menghadiahkan buah bermusim itu agar guru dapat juga merasainya bersama,” katanya ketika ditemui di SK Sultan Sulaiman I di sini hari ini.

Antara pendidik yang menerima hadiah buah gajus pemberian Muhammad Harith itu ialah guru Bahasa Inggerisnya, Estee Quek Soh Theng, 56.

Dia berkata, hadiah buah gajus itu dihias cantik di atas dulang dengan bantuan ahli keluarganya yang lain.

“Rakan sekelas saya yang lain turut menghadiahkan sayur-sayuran seperti salad, lobak merah, cili dan timun serta buah mangga kepada guru kesayangan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Soh Theng berkata, pemberian Muhammad Harith amat mengharukan dan dianggap kreatif dalam menzahirkan penghargaan kepada guru.

“Menerima hadiah bunga dan kek itu biasa namun buah dan sayur-sayuran menunjukkan anak murid sekarang semakin bijak berfikir di luar kotak,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI