fbpx

EPL: Manchester City mula yakin mampu julang trebel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY terus menjarakkan kedudukan dengan menguasai puncak liga selepas meraih kemenangan ke atas Everton kelmarin. – FB MANCHESTER CITY

LIVERPOOL – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola optimis mereka mampu meraih gelaran trebel apabila semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Everton 3-0 di Goodison park malam kelmarin.

Selain itu, kekalahan yang dialami pencabar terdekat, Arsenal kepada Brighton turut membuka ruang kepada The Citizens untuk memastikan gelaran liga menjadi milik mereka sekiranya menang satu perlawanan lagi.

Pada perlawanan kelmarin, City menjaringkan tiga gol menerusi dua jaringan Ilkay Gundogan dan satu gol Erling Haa­land, sekali gus membolehkan mereka semakin menghampiri kejuaraan liga.

“Saya anggap ia (trebel) sebagai mimpi jadi kenyataan. Saya tahu kami belum dapat trofi, tetapi saya tetap gembira kami boleh berada di tahap ini, satu-satunya pasukan di Eropah yang masih bersaing dalam semua kejuaraan.

“Bagaimanapun, kami perlu sedar saingan liga belum ber­akhir dan Liverpool pernah me­lakukannya sebelum ini. Saya percaya Arsenal akan menang dalam dua perlawanan terakhir mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memuji aksi ditampilkan Gundogan apabila pemain Jerman itu menampilkan aksi cukup baik pada perlawanan tersebut de­ngan meledak dua gol selain bijak mengetuai pasukan.

“Dia (Gundogan) sekali lagi tunjukkan kepada kita mengenai kualiti yang dimiliki. Mungkin dia tidak banyak bercakap, tetapi sebagai kapten, semua pemain akan mendengar semua arahannya,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN