fbpx

EPL: Lebur sudah harapan besar The Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Arsenal, Aaron Ramsdale gagal menyelamatkan percubaan pemain Brighton, Enciso untuk gol pertama pasukan itu. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta akhirnya mengibar bendera putih dalam perebutan takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tewas 0-3 kepada Brighton di Emirates malam kelmarin.

Walaupun bermain di laman sendiri, namun aksi hambar pada separuh masa kedua menyaksikan pasukan pelawat meledak tiga gol menerusi jaringan Julio Enciso, Deniz Undav dan Pervis Estupinan.

Menerusi keputusan itu, pendahulu liga, Manchester City yang menang ke atas Everton pada perlawanan berlangsung lebih awal memerlukan satu kemenangan sahaja lagi bagi mempertahankan kejuaraan liga.

“Seminggu yang lalu, saya berdiri di sini dengan penuh bangga, namun hari ini (kelmarin) saya perlu memohon maaf kepada semua penyokong. Saya akui aksi di separuh masa kedua dipamerkan oleh pasukan kami tidak boleh diterima.

“Secara matematik, ia (juara) masih boleh dicapai, tetapi bagi saya harapan itu sudah menjadi mustahil untuk kami fikirkannya. Kami perlu muhasabah diri de­ngan keputusan serta prestasi hari ini (kelmarin),” kata Arteta.

Dalam pada itu, beliau juga memuji aksi ditampilkan Brigh­ton selain percaya pasukan lawan bijak menggunakan ke­sempatan atas prestasi hambar ditunjukkan pemain-pemain The Gunners selepas waktu rehat.

“Brighton menunjukkan aksi yang cukup baik, terutamanya selepas kami bermain buruk. Sebagai pengurus, saya sentiasa pertahankan pemain dan ambil tanggungjawab atas kekalahan hari ini (kelmarin),” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI