fbpx

Enggan kahwin paksa, lelaki bunuh tunang pada hari perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu mengaku tidak bersedia mengahwini tuanangnya. - Thinkstock Images

NEW DELHI – Penduduk India baru-baru ini digemparkan dengan kejadian seorang bakal pengantin perempuan yang dibunuh oleh pengantin lelaki pada hari perkahwinan mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.

Menurut akhbar Hindustan Times, pembunuhan itu berlaku 4 Mei lalu pada hari perkahwinan mangsa yang dirujuk sebagai A, 21, dan tunangnya, B, 27.

Pada hari kejadian, A meninggalkan rumahnya untuk pergi ke sebuah salun kecantikan sebelum majlis dijadualkan berlangsung pada waktu petang.

Bagaimanapun, setelah beberapa jam, keluarga mangsa bimbang apabila dia tidak pulang ke rumah atau menjawab panggilan telefon. Selepas gagal menemui wanita itu di salun kecantikan, keluarganya melaporkan kehilangan mangsa di balai polis.

Polis kemudian meninjau jalan yang sepatutnya dilalui A dan memeriksa rekod panggilan telefon mangsa sebelum mendapati B merupakan individu terakhir yang menghubungi gadis itu.

Ketika disoal siasat, B pada awalnya mendakwa dia tidak mengetahui lokasi A kerana sibuk dengan persiapan perkahwinan. Namun, dia akhirnya mengaku melakukan perbuatan jenayah tersebut.

Pada pagi hari kejadian, B mengaku menghubungi A dan membawanya ke tempat terpencil di dalam hutan.

Selepas pertengkaran tercetus antara pasangan itu, B mencekik A menggunakan selendang milik gadis itu sebelum pulang ke rumah.

Polis menemui mayat A di lokasi kejadian seperti yang dimaklumkan oleh B.

Menurut B, dia enggan mengahwini A kerana tidak bersedia dan dipaksa berkahwin. Dia bersetuju (untuk berkahwin) hanya untuk menyedapkan hati A, tetapi mula rasa berdebar menjelang hari perkahwinan mereka.

B ditahan dan berdepan tuduhan penculikan, pembunuhan dan memberi maklumat palsu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI