fbpx

Dua nelayan warga Myanmar ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua nelayan warga Myanmar yang ditahan APMM di Pulau Pasir Hitam di perairan Kerian dan Larut Matang dekat Parit Buntar semalam.

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B bersama dua nelayan warga Myanmar di kedudukan 8.8 batu nautika barat laut Pulau Pasir Hitam dekat sini kira-kira pukul 1.15 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim, Mohd. Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang, pasukannya telah mengesan bot itu dan ia dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemui dua nelayan warga Myanmar termasuk tekong masing-masing berumur 40 dan 47 tahun serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tekong gagal mengemukakan kebenaran menggajikan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri dan Seksyen8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru nelayan warga asing tanpa kebenaran yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI