fbpx

Cuaca panas: Tiada hasrat umum darurat buat masa ini – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1/2023 di Putrajaya, hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan belum berhasrat mengisytiharkan darurat ketika ini susulan cuaca panas melampau yang melanda negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara (darurat) itu belum diputuskan namun, kerajaan sudah bersedia jika situasi bertambah buruk.

Beliau berkata, kerajaan sedang memantau perkembangan cuaca ketika ini dan jika ada keperluan maka, darurat akan diisytiharkan.

“Buat masa ini, belum lagi (umum darurat) tapi kita sudah sedia. Kita akan gunakan Arahan No 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksana langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1/2023 di sini hari ini.

Ditanya jika cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan mengaktifkan segera Arahan No 20 MKN.

“Kita pakai arahan No 20. Kita sedang pantau 24 jam kalau ada darurat kita akan buat pengumuman,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga mengarahkan supaya operasi pembenihan awam dilaksanakan dengan kadar segera.

Menurutnya, beliau sendiri akan turun padang ke Sungai Muda dan Sungai Kedah hari ini bagi melihat sendiri operasi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI