fbpx

Cuaca buruk di tujuh negeri sehingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA –  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga 5 petang.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata,  negeri yang dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Kedah di Langkawi, Sik dan Baling, Perak antaranya di Larut, Matang dan Selama, Kelantan di Gua Musang.

“Pahang antaranya di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub, Johor antaranya di Mersing dan Pontian, Sarawak antaranya di Sri Aman dan sibu, manakala Sabah di Pedalaman dan Tawau,” katanya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI