fbpx

Buku terbitan baharu Cikgu Ery terima 100 tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buku terbaharu Cikgu Ery yang telah dilancarkan di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

PELABUHAN KLANG – Buku terbaharu terbitan Mohd. Khariri Mohamad Ramli bertajuk,  Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah telah menerima pra tempahan sehingga 100 naskah sehingga kini dan berharap baki 100 naskah edisi awalnya dapat dijual sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Buku berharga RM25 senaskah itu tidak dijual di pasaran terbuka tetapi tempahan boleh dilakukan terus kepada beliau yang juga seorang pendidik di sebuah sekolah rendah di Klang dekat sini.

Mohd. Khariri yang  lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Ery itu menerbitkan buku tersebut bertujuan untuk memperbetulkan stigma masyarakat terhadap golongan mak nyah yang ingin mengubah kehidupan masing-masing.

Menurut beliau, buku tersebut turut merangkumi perkongsian kisah hidup suka dukanya sepanjang 12 tahun dalam dunia mak nyah selepas berhijrah keluar menjadi individu yang sempurna.

“Buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua masyarakat termasuk mereka yang juga seorang bekas penagih dadah yang mahu berubah tetapi terbantut kerana kecaman dan persepsi negatif daripada segelintir masyarakat,” katanya dalam majlis pelancaran buku terbaharu itu di Dewan Al-Islah di sini baru-baru ini.

Mohd. Khariri berkata, buku tersebut juga berkongsi cara dengan masyarakat mengenai cara yang betul dan terbaik untuk menyantuni serta berdakwah dengan golongan tersebut. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI