fbpx

Beri saya sedikit masa naikkan elaun guru- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2023 kepada Nuinda pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di MITC, Melaka, hari ini.

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar warga pendidik memberikan sedikit masa kepadanya dalam usaha menaikkan elaun, seiring dengan pemerkasaan sektor pendidikan.

Beliau berkata, perkara itu merupakan keutamaannya, namun ia hanya boleh dilaksanakan sekiranya pendapatan dan hasil negara bertambah.

“Antara keutamaan saya ialah menaikkan elaun guru-guru dan perkhidmatan awam.
Iaitu hasil yang diperolehi dipulangkan kepada rakyat.

“Tetapi janganlah minta sekarang, beri sedikit lagi masa dan kesempatan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai isu kedaifan sekolah beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memberi keutamaan bagi menjalankan kerja-kerja memperbaiki dan pembangunan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negara.

Beliau menegaskan, dia tidak mahu sebarang kerenah pentadbiran menjadi punca kelewatan pembaikan, khususnya apabila sektor itu menerima peruntukan Belanjawan Madani 2023 terbesar iaitu sebanyak RM55.2 bilion.

“Saya telah memberikan arahan kepada Kementerian Kewangan dan KPM untuk menjalankan mengikut fast track, saya tidak mahu ada sebarang kerenah pentadbiran yang menganggu pelaksanaan segera sekolah-sekolah daif.

“Bagaimana boleh kita mengeyakan sekolah-sekolah dalam keadaan negara memacu pertumbuhan membanggakan tetapi di sekolah kalau ada lapan tandas, empat rosak,” ujarnya.

Terdahulu, pada majlis tersebut Perdana Menteri turut menyampaikan dua anugerah iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 kepada Felo Pusat Kecemerlangan Pedagogi Pribumi Kebangsaan, Datuk Mazlan Mohamad dan Tokoh Guru Kebangsaan 2023 dinobatkan kepada bekas Pengetua Cemerlang Gred Khas C di Maktab Sabah, Datuk Dr. Nuinda Alias. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI