SIAPA sangka Alia Bhatt sebenarnya seorang yang kurang gemar berada dalam acara atau keramaian membabitkan jemputan besar.
Pelakon itu mengakui berasa canggung sehingga tidak dapat berinteraksi dengan ramai tetamu jika diundang ke majlis sedemikian.
Keadaan sebegitu turut meletakkan Alia dalam situasi sukar apabila mencetuskan salah faham dalam kalangan tetamu lain.
“Hakikatnya saya seorang individu introvert. Saya memang kelihatan canggung terutama dalam acara besar,” ulasnya dalam satu wawancara.
Atas sebab itu juga, bintang Gangubai Kathiawadi itu tidak mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran.
Ketika berkahwin dengan aktor Ranbir Kapoor, acara itu hanya dihadiri sekitar 40 ahli keluarga dan sahabat.
“Itulah punca resepsi kami hanya dihadiri 40 tetamu,” katanya yang baharu menyempurnakan penggambaran filem Hollywood berjudul Heart of Stone bersama Gal Gadot.