fbpx

50 peratus daripada 20,000 hektar sasaran tanaman semula getah diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah (tengah) bersama Pengerusi Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua kiri) beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Hari Raya Aidilfitri RISDA 2023 di Ibu Pejabat RISDA. -Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bagi meningkat pengeluaran getah negara, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) telah memperkenalkan Program Tanam Semula Getah dengan sasaran keluasan 20,000 hektar pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata, sehingga hari ini sebanyak 50 peratus atau lebih kurang 10,000 hektar dari sasaran tersebut telah dicapai dan diluluskan.

“Kita juga cuba buka kepada tanah-tanah kosong di seluruh negara, jika dulu kita buka kepada tanah sedia ada yang mana ada getah-getah tua untuk ditanam semula, tetapi tahun ini buka kepada tanah kosong dan beri bantuan pekebun-pekebun kecil dengan harapan untuk meningkatkan kawasan getah negara kita.

“Insyaallah, dengan perluasan ini kita harap ada sambutan daripada pekebun-pekebun kecil dan paling banyak adalah di Sarawak, Pahang serta Kedah yang melibatkan 6,200 pekebun kecil,” jelasnya pada sidang akhbar Majlis Hari Raya Aidilfitri Risda 2023 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Risda, Datuk Abdullah Zainal berkata, buat masa ini pihaknya tidak mendapat sebarang rungutan dari pekebun-pekebun seluruh negara berkaitan kerugian yang dialami mereka ketika musim El Nino yang melanda negara ketika ini.

Namun jelasnya, perkara yang membimbangkan adalah berkaitan penyakit digelar pestalotiopsis yang sedang menyerang hampir kebanyakan kebun getah di seluruh negara ketika ini.

“Penyakit ini akan menyebabkan pokok getah mengalami luruhan daun dan paling membimbangkan adalah apabila hasil serta produktiviti getah telah menurun hampir 50 peratus.

“Saya turut berterima kasih kepad pihak kerajaan yang telah memberi bantuan rawatan penyakit ini sejak dua tahun lalu dan buat masa ini lebih 25,000 hektar tanah kebun telah dirawat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI