fbpx

150 koperasi dorman dikenakan tindakan pemutihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis pelancaran Rakan Media SKM Selangor dan Jalinan Kasih Aidilfitri Gerakan Koperasi 2023.

KLANG – Sebanyak 150 koperasi di seluruh negara dikenakan tindakan pemutihan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selepas dikenal pasti berstatus dorman atau tidak aktif sepenuhnya tahun ini.

Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Siti Azlin Ahmad Dauta berkata, pembatalan itu melibatkan koperasi yang mempunyai keanggotaan kurang daripada lima orang sehingga bulan lalu.

Kata beliau, pihaknya setakat ini mengenalpasti 4,000 koperasi tidak aktif termasuk dorman yang rata-ratanya ditubuhkan bawah 10 tahun.

“SKM sememangnya sentiasa mengambil langkah untuk memulihkan semua koperasi itu yang berpotensi untuk diaktifkan semula.

“Namun, ada koperasi langsung tidak mempunyai inisiatif untuk dipulihkan dengan tiada mesyuarat, audit dan aktiviti sehingga terpaksa dikenakan tindakan pemutihan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Rakan Media SKM Selangor dan Jalinan Kasih Aidilfitri Gerakan Koperasi 2023 di sini, hari ini.

Siti Azlin menjelaskan, tindakan pemutihan itu dilakukan mengikut peruntukan Seksyen 72 (1) Akta Koperasi 1993.

“Justeru, kita menasihatkan koperasi tidak aktif seumpama itu menemui SKM peringkat negeri masing-masing untuk mengadakan rundingan dan perbincangan lanjut.

“SKM sentiasa akan cuba membantu sebaik mungkin koperasi yang mempunyai inisiatif untuk dipulih dan digerakkan semula,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SKM dengan kerjasama kerajaan Selangor menyasarkan untuk menubuhkan lapan koperasi komuniti pangsapuri di negeri ini.

“Inisiatif bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) itu masih dalam proses perbincangan dan akan melibatkan perumahan kos rendah,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI