LONDON – Satu penampakan paranormal dipercayai hantu dikesan di luar pantai Britain, menyebabkan seorang wanita terpegun melihat imej menyeramkan tersebut, lapor portal berita Daily Star semalam.
Wanita yang enggan namanya disiarkan itu berkata, dia ternampak susuk menakutkan di pantai Cleethorpes, Grimsby. Lembaga itu dilihat terapung pada jarak yang jauh dalam kejadian petang Khamis minggu lalu.
Ketika kejadian, wanita berkenaan sedang bersiar-siar di tepi pantai.
Dia berkata: “Saya ternampak lembaga putih terapung di pantai. Saya benar-benar terpegun. Jadi saya segera merakamkan beberapa gambar.”
Sama ada ia adalah figura itu hantu atau makhluk lain masih belum dapat dipastikan. – Agensi