fbpx

Tiktoker kentut dalam kapal TLDM digesa diberi hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Eyda ketika berada di dalam KD Selangor baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan seorang TikToker bertudung dikenali sebagai Eyda atau Zuraida Nasir dengan menghina aset Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu baru-baru ternyata telah mendapat kecaman orang ramai.

Eyda yang membawa imej wanita Melayu bertudung dengan sengaja membuat ‘content’ kentut di pembesar suara di dalam Kapal Di Raja (KD) Selangor.

Walaupun telah tampil memohon maaf, namun rata-rata orang ramai masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan wanita tersebut kerana tidak berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada pihak TLDM mengenai konten yang tidak disengajakan dan tiada niat untuk merendahkan kekuatan aset TLDM.

“Saya memohon maaf sangat-sangat sempena Syawal yang masih menjelang ini,” tulis Eyda di laman sosialnya.

Difahamkan video tersebut juga telah dibuang selepas mendapat kecaman orang ramai, namun orang ramai masih lagi menganggap perkara itu tidak selesai selagi tiada tindakan yang dilakukan terhadap wanita itu.

“Kena ada tindakan juga, kerajaan tidak boleh senyap. Kalau tidak orang ramai bising video itu tetap juga akan disebarkan,” jelas seorang pengguna media sosial.

“Minta dia jumpa Panglima, biar dia ada akal sikit, konten dia memang mengarut sangat-sangat. Yang pelik ada pengikut. Otak orang kita dah makin rosak sekarang,” kata Sabri AG. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI