fbpx

Tiga bas elektrik beroperasi di Kuala Terengganu tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA TERENGGANU – Tiga buah bas elektrik bakal mula mengambil penumpang di bandar raya ini bermula awal tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Wan Adnan Wan Derahman berkata, penggunaan tiga bas mesra alam terbabit menelan belanja RM3 juta.

Beliau berkata, setiap bas elektrik tersebut mampu menampung kapasiti 32 penumpang bagi menampung permintaan tinggi pengguna di bandar raya ini.

“Setakat ini, kita mempunyai tujuh bas penumpang di bandar raya ini manakala sebuah lagi di Kemaman.

“Tiga bas ekspres yang akan mula beroperasi pada tahun depan ini akan menampung keperluan pengguna di negeri ini,” katanya pada majlis Aidilfitri Cas Ligas Sdn. Bhd. (Cas Ligas) di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, seramai 20 anak yatim Baitul Sakinah diraikan dengan menyusuri Sungai Terengganu dengan Teksi Air Payang diusahakan Cas Ligas.

Wan Adnan (kanan) beramah mesra dengan sebahagian anak yatim yang dibawa menaiki Teksi Air Payang di Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan, Kuala Terengganu hari ini.

Wan Adnan berkata, penggunaan bas elektrik ini selari dengan kempen teknologi hijau bagi mengurangkan penggunaan karbon sekaligus memulihara alam sekitar.

Dalam pada itu, beliau memberitahu PMINT juga bercadang untuk memiliki bas berkonsep dek terbuka yang akan menyediakan perkhidmatan minum petang bagi merancakkan sektor pelancongan tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI