fbpx

Saya sedia jadi PM Thailand – Pita Limjaroenrat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pita Limjaroenrat

 

BANGKOK –  Parti prodemokrasi, Parti Move Forward (MFP) mendakwa kemenangan dalam  pilihan raya umum yang menyaksikan parti-parti disokong tentera kecundang selepas memerintah Thailand hampir satu dekad.

Kemenangan besar MFP dalam pilihan raya umum semalam  diikuti rapat oleh Pheu Thai iaitu parti penyokong demokrasi yang diasaskan oleh bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Pemimpin MFP, Pita Limjaroenrat berkata, beliau akan cuba membentuk kerajaan campuran yang disertai oleh enam buah parti politik termasuk Pheu Thai.

“Saya ialah Pita Limjaroenrat, Perdana Menteri Thailand yang seterusnya.

“Kami sedia membentuk kerajaan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat MFP di Bangkok hari ini.

Pemimpin berusia 42 tahun itu memberitahu, beliau telah menghubungi pemimpin dan calon Pheu Thai untuk jawatan perdana menteri, Paetongtarn Shinawatra, untuk mengucapkan tahniah dan menjemput Paetongtarn menyertai kerajaan campurannya.

Kedua-dua parti pembangkang utama itu dijangka menguasai 292 daripada 500 kerusi Dewan Rakyat, manakala 

dua parti protentera utama hanya memperoleh 76 kerusi secara keseluruhan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI