fbpx

Sanusi sudah terima jemputan rasmi ke LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (dua dari kanan) bergambar bersama pemilik reruai makanan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan telah menerima jemputan rasmi untuk menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang akan berlangsung di sini pada 23 hingga 27 Mei ini.

“Dah, dah sudah. Terima kasih (kerana menjemput),” katanya ringkas apabila ditanya mengenai surat jemputan rasmi untuk menghadiri program tersebut.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, di sini hari ini.

Beliau sebelum ini mendakwa tidak dijemput bagi menghadiri program tersebut dan menyatakan tetap akan menghadirinya walaupun sebagai orang awam dengan membawa teropong.

Muhammad Sanusi juga akan mempengerusikan mesyuarat bersama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) untuk memastikan bekalan air mencukupi sepanjang program berkenaan.

Beliau pada masa sama turut mengingatkan para peniaga supaya tidak meninggalkan kenangan yang pahit kepada pengunjung yang berkunjung ke pulau ini sempena LIMA’23 nanti.

“Roti canai RM5 (yang berlaku pada LIMA19) adalah kenangan pahit kan? Apa-apa yang pahit jangan kita lakukan. Takkan teh tarik RM5?

“Agak-agak yang munasabah, supaya pengunjung ke Langkawi berkunjung sekali lagi di atas keramahan, kemesraan, dan munasabahnya orang Langkawi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI