fbpx

Pelajar ditipu RM11,500 beli Nintendo Switch di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar jurusan kejururawatan buntu apabila urusan membeli sebuah alat permain video yang ditawarkan dengan harga RM300 di TikTok akhirnya membawa kerugian sehingga RM11,500.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pelajar wanita itu membuat laporan berhubung ditipu ketika membeli konsol Nintendo Switch di aplikasi terbabit, kelmarin.

“Wanita berusia 20 tahun itu menyatakan telah melihat iklan penjualan konsol Nintendo Switch yang dijual dengan harga RM300 sebelum berurusan dengan seorang jurujual yang meminta lagi bayaran sebanyak RM250.

“Seterusnya, mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran lain seperti bayaran Kastam, clearance fees, bayaran insurans, dan caj penghantaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Sukarno, hasil siasatan mendapati pengadu telah membuat bayaran secara berperingkat sejak Isnin minggu lepas hingga Sabtu lalu.

Tambah beliau, dalam tempoh tersebut mangsa membuat sebanyak 13 kali transaksi ke dalam dua jenis akaun bank yang berbeza berjumlah RM 11,500.

“Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabkan ramai mangsa terpedaya.

“Sebarang pertanyaan berkaitan, orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI