fbpx

Paras Sungai Muda ‘kering’ akibat sensor baraj rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Muda yang surut pada semalam akibat kerosakan sensor automatik pintu baraj sungai tersebut. - Foto oleh NUR SYAZWANA MANSOR / KOSMO!

ALOR SETAR – Gangguan bekalan air yang menjejaskan lebih 250,000 akaun pengguna di Kedah serta sebahagian penduduk Pulau Pinang sejak semalam berpunca daripada kerosakan mekanikal pada sensor automatik baraj Sungai Muda.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerosakan itu menyebabkan salah satu pintu air terbuka sendiri dan air dalam kuantiti yang amat banyak mengalir terus ke laut tanpa sekatan.

Katanya, keadaan tersebut menyebabkan paras Sungai Muda susut mendadak sekali gus menjejaskan muka sauk beberapa loji rawatan air (LRA) termasuk di Sungai Petani dan Pinang Tunggal.

“Saya berharap pengguna yang terjejas dapat bersabar dan mendapatkan bekalan air di beberapa pusat agihan yang dibuka oleh Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) sebagai langkah segera menangani isu ini.

“Antara pusat agihan air tersebut adalah di Tapak Pasar Malam Ambangan Height, Medan Baru Puteri Jaya dan Surau Taman Orkid di Sungai Petani. Insya-Allah keadaan akan kembali pulih sedikit masa lagi,” katanya dalam laman Facebooknya, malam semalam.

Dalam pada itu, ketika merasmikan Himpunan Belia Berselawat, Malam Cinta Rasul di Sungai Petani, dekat sini semalam, Muhammad Sanusi memaklumkan, kerosakan itu berlaku pada salah satu daripada 14 pintu yang menyebabkan air sungai mengalir laju ke laut.

Menurutnya, pihak pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM) yang mengawal baraj tersebut telah mengambil tindakan sewajarnya untuk membuat kerja-kerja baik pulih dengan air dari Empangan Beris juga sudah sudah dilepaskan bagi menangani isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI