fbpx

P. Pinang mahu SPAN siasat isu air Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (dua dari kiri) ketika lawatan ke Sungai Muda, Kepala Batas hari ini berhubung isu bekalan air di Pulau Pinang. Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjalankan satu siasatan penuh bagi mengesan punca sebenar insiden paras air Sungai Muda yang turun secara mendadak pagi semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain itu, siasatan tersebut juga perlu dibuat bagi mengenal pasti bagaimana kerosakan yang berlaku pada satu pintu empangan sehingga menjejaskan lebih 600,000 akaun pengguna di negeri ini.

Menurutnya, ini termasuklah pengguna air di Kedah yang secara keseluruhan membabitkan sehingga dua atau tiga juta pengguna bagi kedua-dua negeri terbabit.

“Jadi, SPAN perlu menyiasat dan memastikan kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Pada masa sama, kita juga berharap SPAN dapat mengarahkan pihak berkuasa sama ada di Kedah atau Pulau Pinang untuk menyemak semua sistem dalam baraj khususnya di sepanjang Sungai Muda ini.

“Ini penting untuk kita kenal pasti mana-mana bahagian yang tidak berfungsi atau rosak sama ada perlu diganti atau ditambah baik sahaja sebagai satu usaha ‘preventive maintenance’ (penyelenggaraan pencegahan).

“Pada masa sama, saya melihat kerajaan Persekutuan juga wajar menubuhkan Ulu Muda Basin Authority untuk melihat isu-isu air khususnya yang berlaku di wilayah utara selain untuk melaksanakan projek-projek yang berkaitan demi kebaikan rakyat pada masa depan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika mengadakan tinjauan ke rumah pam di Kampung Lahar Tiang, di sini, hari ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. K. Pathmanathan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI