fbpx

Muzik gambus jadi terapi pembedahan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berdasarkan kajian, muzik oud atau gambus boleh menjadi terapi kepada pesakit yang menjalani pembedahan jantung. – Gambar hiasan

SEJAK beberapa dekad lalu, terapi muzik telah menjadi satu bentuk rawatan adjuvant atau pembantu dalam menangani pelbagai penyakit.

Malah, muzik oud atau gambus juga telah menjadi sebahagian daripada terapi tersebut.

Berdasarkan satu kajian diterbitkan dalam portal National Library of Medicine, muzik memberi kesan secara langsung terhadap parameter fisiologi dan psikologi sebelum serta selepas pembedahan pada pesakit yang menjalani pembedahan jantung.

Dalam kajian itu, 12 pesakit yang menjalani pembedahan jantung secara rawak telah dibahagi kepada dua kumpulan.

“Kumpulan pertama akan mendengar selama 20 minit muzik gambus secara langsung sebelum dan selepas pembedahan pesakit.

“Kumpulan kedua pula hanya mendengar bunyi biasa di hospital,” ujar laporan itu.

Walaupun skor kebimbangan dinilai sebelum operasi pembedahan, namun tanda-tanda vital dan skor kesakitan dinilai selepas pembedahan bersama-sama dengan tahap serum kortisol.

Keputusan kajian itu menunjukkan kumpulan pertama yang mendengar muzik gambus memperoleh skor kesakitan dan kadar pernafasan dengan pengurangan ketara secara statistik.

Di samping itu, kadar denyutan jantung, skor kebimbangan dan paras serum kortisol menunjukkan pengurangan ketara pada pesakit yang mendengar muzik.

“Perubahan ini tidak ditemui pada kumpulan kedua yang mendengar bunyi biasa. Kajian awal ini telah menunjukkan peranan dan terapi muzik oud atau gambus secara langsung,” jelas laporan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI