fbpx

Mayat lelaki dibaham buaya di Lahad Datu ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat mengangkat mayat lelaki yang hilang selepas disyaki dibaham buaya untuk tindakan lanjut.

LAHAD DATU – Mayat seorang lelaki yang hilang selepas disyaki dibaham buaya ketika keluar memukat ikan di persisiran pantai Kampung Makuau pada Jumaat lalu ditemui pagi ini.

Mayat Rusbin Asri , 40, ditemui terapung di perairan berkenaan oleh orang awam pada pukul 6.45 pagi iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi dia dilaporkan dibaham buaya dengan beberapa kesan gigitan pada bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima laporan dari pihak polis yang mayat mangsa ditemui di Kampung Nala Lama, Tungku.

“Pasukan bomba dan agensi bantuan yang lain bergerak dan tiba di lokasi mangsa ditemui pada pukul 8.45 pagi dan seterusnya membawa mayat itu ke Kampung Makuau untuk proses pengecaman daripada keluarga mangsa.

“Mangsa kemudian disahkan benar oleh keluarganya dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, mangsa dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti memukat di persisiran pantai pada Jumaat lalu.

Mangsa dikatakan turun ke laut seorang diri dan terdapat saksi terlihat mangsa yang berada di atas bot diserang buaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI