fbpx

Ligue 1: Messi bantu PSG meskipun dicemuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI gagal meledak sebarang jaringan, namun berjaya mencipta banyak gerakan untuk menghasilkan gol buat PSG. – AFP

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Cristophe Galtier memuji fokus yang ditunjukkan bintang sensasinya, Lionel Messi meskipun dicemuh sepanjang perlawanan ketika menang 5-0 ke atas Ajaccio pada aksi Ligue 1 di Stadium Parc des Princes awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, PSG menjaringkan lima gol menerusi dua jaringan Kylian Mbappe serta masing-masing satu gol Fabian Ruiz, Achraf Hakimi serta gol sendiri Mohamed Youssouf.

Bagaimanapun, perlawanan itu lebih tertumpu kepada penampilan pertama Messi selepas dia mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana me­langgar arahan meninggalkan kelab untuk ke Arab Saudi sehingga dikenakan penggantu­ngan satu perlawanan.

“Memang ada cemuhan dan ejekan dilakukan penyokong (kepada Messi) pada awal perlawanan, namun ia tidak lama kerana kritikan itu bertukar kepada sokongan kerana dia ba­nyak membantu pasukan hari ini (semalam).

“Saya gembira kerana dia kekal fokus dengan tugas di atas padang dan mencipta banyak peluang untuk pasukan. Dia sudah biasa dengan situasi ini kerana pernah berdepan keadaan lebih sukar,” kata Galtier.

Sementara itu, beliau juga gembira atas kemenangan tersebut memandangkan PSG hanya memerlukan empat mata dalam tiga perlawanan terakhir bagi mempertahankan takhta kejua­raan Ligue 1.

“Semua pemain sangat gigih dan bekerja keras untuk menampilkan aksi terbaik. Saya ya­kin mereka mahu menjadi juara dan tidak mudah mengalah, jadi sebab itu kami dapat menang besar hari ini (semalam),” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI