BRASILIA, Brazil – Seorang lelaki membunuh bekas majikannya selepas mendapat tahu bahawa dia diberi minuman dicampur air mani mangsa dalam perbuatan yang dianggap sebagai gurauan, lapor akhbar Daily Star semalam.
Edivan Alves Cavalcante, 49, dilaporkan mencampurkan air maninya ke dalam segelas air tebu dan memberikan minuman itu kepada pekerjanya ketika itu, Mauricio Roger Rodrigues Melo, untuk diminum.
Melo, 34, yang meminum air tersebut hanya mendapat tahu perkara sebenar daripada rakan sekerjanya dua tahun kemudian.
Suspek dilaporkan berdendam terhadap bekas majikannya. Dia pergi ke syarikat di mana dia pernah bekerja itu pada 2 Mei lalu.
Melo menikam mangsa selepas bertengkar dengannya, demikian menurut akhbar tempatan.
Suspek kemudian melarikan diri, namun ditahan di sebuah kawasan hutan tidak jauh dari rumahnya.
Dia kemudian didakwa kerana membunuh. Kejadian berlaku di Valparaiso de Goias yang merupakan kawasan perbandaran di negeri Goias, Brazil. – Agensi