fbpx

Kes pencerobohan nelayan asing boleh meningkat ketika cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian nelayan asing warga Vietnam yang ditangkap selepas menceroboh perairan Kelantan di Tok Bali Pasir Puteh baru-baru ini. - Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menjangkakan kegiatan pencerobohan nelayan asing di perairan negeri ini akan meningkat ketika negara sedang berdepan cuaca panas melampau.

Pengarahnya, Kepten Maritim Syed Nur Adli Syed Ab. Rahman berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada keadaan laut yang tenang selepas peralihan musim Monson Timur Laut ketika ini.

Menurutnya, keadaan cuaca itu dilihat penarik perhatian nelayan asing untuk menangkap ikan secara haram di perairan negara.

“Sehubungan itu, kita sudah menggerakkan aset untuk melakukan rondaan lebih kerap bagi memastikan perairan negara berada pada tahap terbaik.

“APMM Kelantan menerima lima maklumat pencerobohan nelayan asing daripada rakan maritim termasuk pemancing tempatan dan pengurusan pelantar minyak ketika musim cuaca panas ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri APMM Kelantan di Tok Bali di sini, hari ini.

Bot nelayan asing yang dirampas semasa APMM menjalankan operasi di perairan Kelantan di Tok Bali Pasir Puteh baru-baru ini. – Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

Mengulas lanjut, Syed Nur Adli memberitahu, operasi APMM di tengah laut ketika ini tidak hanya fokus kepada kes nelayan asing, tetapi ia turut melibatkan kegiatan jenayah lain termasuk penyeludupan manusia, dadah dan barangan tanpa cukai.

Menurutnya, selain melaksanakan operasi, APMM Kelantan turut menyampaikan maklumat berkait cuaca panas bagi memastikan nelayan tempatan sentiasa menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan kejadian strok haba ketika menjalankan kerja-kerja menangkap ikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI