fbpx

Ibu bapa dikecam tinggal anak kembar dalam kereta, hadir rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta ketika ditemui Nana.

PETALING JAYA – Tindakan sepasang suami isteri meninggalkan dua anak mereka di dalam sebuah kereta didakwa bagi menghadiri rumah terbuka mengundang pelbagai kecaman di media sosial.

Menerusi perkongsian di Facebook Nana Nandos, kejadian tersebut dipercayai berlaku dekat Taman Kajang Impian, Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, dia menyedari perkara tersebut apabila terdengar tangisan dua kanak-kanak di dalam sebuah kereta yang tidak berkunci.

“Enjin kereta dimatikan dan hanya tingkap dibuka sedikit. Ada anak kembar dalam keadaan takut dan menangis.

“Saya sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30 minit untuk ibu bapa mereka kembali,” katanya dalam satu hantaran, semalam.

Tambah Nana, lebih menggeramkan, bukan sahaja ibu bapanya yang menghadiri rumah terbuka itu, malah turut kelihatan iaitu datuk dan nenek kanak-kanak tersebut.

“Eh ibu bapa dengan atuk dan nenek sekali pergi beraya. Cucu dalam kereta. Dapat lah angkat tangan sambil sengih manja dari ibu bapa dia. Mak dia pun buat ‘bodoh’ je, muka tak bersalah.

“Kalau dulu macam tak percaya ini boleh berlaku, sekarang depan mata. Raya tu raya juga tetapi anak-anak amanah kita,” jelasnya.

Susulan itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan kedua-dua ibu bapa itu yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Ya Allah zalimnya. Kot nak raya beria tak nak bawa anak sekali pun jangan lah sampai tinggal dalam kereta macam tu.

“Kalau rasa takda duit nak upah orang jaga. Kau suami isteri gilir-gilir pergi makan rumah terbuka,” kata Fatimah.

“Alamak. Kalau taknak ganggu anak tidur. Gilir-gilir lah. Dah lah siap ada atuk dan nenek lagi. Satu keluarga ‘selfish’ (pentingkan diri),” luah Aimi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI