fbpx

Hari Belia Negara mengangkat semula martabat belia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan ucapan khas sempena sambutan HBN 2023 hari ini.

PETALING JAYA – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2023 hari ini memberi kesempatan untuk Malaysia mengangkat semula martabat belia negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, HBN 2023 memberi kesempatan untuk memperingatkan belia Malaysia bahawa mereka adalah pemimpin masa kini dan masa depan.

“Memberi ruang kepada mereka mengemukakan masalah kepada pihak bertanggungjawab, tetapi yang penting hendak saya tekankan juga sebagai anak muda kita mempunyai tanggungjawab, kita harus berfikir, kita harus menilai dan harus sedar.

“Bahawa untuk jadi manusia yang berguna kepada keluarga dan negara kita harus mulakan dengan persiapan keyakinan, persiapan ilmu, persiapan amal dan tindakan,” katanya melalui Ucapan Khas Perdana Menteri Sempena HBN 2023 yang disiarkan di media sosial hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau percaya sambutan HBN 2023 bukan sambutan biasa, tetapi sambutan yang boleh melonjakkan semangat dan memberi ruang untuk belia bersuara dengan lebih berkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI