fbpx

Guru dedah kuarters dipenuhi najis burung, aduan tidak dilayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan siling sebuah kuarters kerajaan yang dipenuhi najis burung dan kelawar.

PETALING JAYA – Seorang guru mendakwa aduan yang dibuat berhubung keadaan siling sebuah kuarters kerajaan dipenuhi najis burung dan kelawar tidak dilayan pihak atasan.

Perkara itu yang didedahkan menerusi perkongsian di Twitter TheTehOriginal dipercayai berlaku di Negeri Sembilan.

Menurut guru itu, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan bau busuk yang terpaksa dihidu setiap hari ketika pulang ke rumah.

“Letih buat aduan tapi jawapan yang dapat tiada bajet. Balik tadi buka pintu rumah rasa pening gila dengan bau dalam rumah. Aku memang tak tahan dah. Terus pinjam lampu suluh pengawal dan panjat siling kuarters.

“Jadi aku ambil video dan gambar bahagian atas siling rumah. Biar mereka melihat walaupun tak merasainya. Tak guna sekadar kumpul aduan tapi tak melawat kawasan,” katanya hari ini.

Kata guru itu, dia juga telah membuat rayuan agar kerja membaik pulih siling kuarters berkenaan disegerakan, namun hanya menerima alasan yang sama.

“Setiap kali aduan tiada pihak yang turun melihat dengan mata kasar. Sekurangnya kalau dia datang boleh dia nikmati bau-bau ‘wangi’ yang aku hadap setiap hari,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI