fbpx

Gajah kepanasan ceroboh ladang cari air, makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk melihat pokok sawit yang dimusnahkan gajah di Felda Cherul, Hulu Kemaman semalam.

KEMAMAN – Penduduk Felda Cherul, Hulu Kemaman di sini keresahan apabila ladang dan kebun mereka semakin kerap dice­robohi sekumpulan gajah sejak akhir-akhir ini.

Mereka percaya cuaca panas menjadi punca kumpulan gajah sering memasuki kawasan kebun dan ladang bagi mendapatkan sumber makanan dan air.

Seorang pekerja ladang, Zai­nal Zori, 35, berkata, kebetulan kebanyakan kebun dan ladang penduduk kampung terletak berhampiran kawasan sungai.

“Gangguan gajah ini sebenar sudah berlarutan sejak dua tahun lalu, tetapi semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

“Kumpulan haiwan liar itu biasanya muncul pada lewat petang dan malam dengan merosakkan banyak tanaman penduduk seperti kelapa sawit dan pisang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Zainal berkata, dalam sera­ngan terbaharu beberapa hari lalu, lebih 500 pokok kelapa sawit musnah dirosakkan sekumpulan gajah terbabit.

Seorang pekebun, Abdullah Isa, 40, berkata, ancaman gajah bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah mengancam nyawa penduduk kampung.

Katanya, dia dan rakan-rakan pekebun kini takut untuk pulang lewat dari kebun dan ladang ke­rana bimbang terserempak de­ngan haiwan liar berkenaan.

“Saya pernah beberapa kali mendengar bunyi serta mengesan tapak kaki dan najis gajah di sekitar kawasan kebun.

“Justeru, saya gesa Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negeri (Perhilitan) ambil tindakan segera,” ujarnya.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong memberi­tahu, pihaknya akan menghalau kumpulan gajah itu kembali ke habitat asalnya di hutan simpan berhampiran.

“Saya harap penduduk tidak mengambil tindakan sendiri menghalau gajah tersebut kerana ia amat berbahaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI