fbpx

F1: McLaren optimis kemampuan Norris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS dilaporkan kecewa dengan prestasi jentera McLaren yang menyebabkannya gagal memberikan saingan. – AFP

LONDON – Walaupun McLaren memulakan perlumbaan Formula Satu (F1) dengan aksi hambar bagi musim 2023, ketua pasukannya, Zak Brown tetap tenang dan optimis dengan pemandunya, Lando Norris.

Norris yang kini memasuki tahun kelimanya dalam perlumbaan F1 selepas menyertai pasukan yang berpangkalan di Woking, England pada 2019 sejak akhir-akhir ini Norris dilihat kecewa apabila pasukannya itu gagal menyediakan jentera terbaiknya musim ini.

Pemandu berusia 23 tahun tersebut sebelum ini menyatakan kekecewaanya selepas dia sekadar menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) Miami di kedudukan ke-17 dan rakan sepasukannya, Oscar Piastri tempat ke-19.

Justeru, Norris menuntut pasukannya terus bekerja keras untuk menambah baik jentera mereka dan memberi tentangan terutama memburu podium pertama mereka musim ini.

“Apa yang boleh saya katakan, Norris melakukan kerja yang hebat bersama pasukan ini. Pasukan juga suka bekerja dengannya kerana dia juga telah berada di sini tempoh yang lama.

“Sudah tentu, dia (Norris) mempunyai hari-hari yang suram terutama perjalanan pasukan tidak berakhir seperti yang dia mahukan. Tetapi, ketika ini Norris melakukan tugas dengan baik dan hebat sewaktu mewakili pa­sukan ini,” kata Brown .

McLaren sebelum ini me­lakukan perubahan pada jentera mereka sewaktu di GP Azerbaijan dan pasukan tersebut menjelaskan mereka akan memperkenalkan komponen baharu menjelang perlumbaan antara di GP Kanada atau British bagi memperbaiki prestasi pasukan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI