fbpx

Ditikam guna garpu sampai mati sebab hutang RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan ketika merasmikan dewan serbaguna di Balai Polis Seri Kembangan, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham akibat hutang dipercayai punca seorang warga emas mati ditikam di leher menggunakan garpu di hadapan Selayang Centre Point, Jalan Selayang Baru, Batu Caves, 9 Mei lalu

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan terhadap suspek seorang lelaki warga Indonesia dibuat pada hari yang sama selepas kejadian itu berlaku.

Menurutnya, suspek yang tinggal di kejiranan yang sama dengan mangsa sering meminjam wang daripada mangsa.

“Sebelum kejadian suspek yang berstatus pemastautin tetap menjalankan perniagaan kedai emas secara kecil-kecilan meminjam wang RM3,000 daripada mangsa.

“Dalam isu pinjam dan bayar balik ini berlaku perselisihan faham antara suspek dan lelaki warga emas berkenaan.

“Pada hari kejadian suspek berjumpa dengan mangsa dan dipercayai menikam leher mangsa menggunakan garpu,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Dewan Serbaguna di Balai Polis Seri Kembangan, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi; Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan dan wakil MRT Corp yang menaja pembinaan dewan serbaguna berkenaan.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan polis menahan seorang lelaki susulan penemuan satu mayat warga emas dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil warna hijau di sebuah kawasan lapang berhadapan Selayang Centre Point, Jalan Selayang Baru, Batu Caves, 9 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 70-an tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 10.15 pagi, manakala suspek yang berusia 40-an ditahan pukul 4.15 petang.

Katanya, mangsa berusia 70-an memakai baju kemeja dan berseluar ‘slack’ ditemui berlumuran darah di tempat duduk pemandu sebuah Kereta Kancil miliknya pukul 10.10 pagi.

Justeru, suspek lelaki berjaya diberkas pada pukul 4 petang hari kejadian dan direman tujuh hari hingga 16 Mei untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Hussein berkata siasatan berhubung kes itu hampir selesai dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI