fbpx

Bundesliga: Bayern makin hampir pertahankan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYERN semakin hampir untuk mempertahankan gelaran juara Bundesliga buat kali ke-11 selepas membelasah Schalke kelmarin. – AFP

MUNICH – Bayern Munich semakin hampir untuk merangkul gelaran Bundesliga buat kali ke-11 berturut-turut selepas membelasah Schalke 6-0 pada perlawanan yang berlangsung di Allianz Arena malam kelmarin.

Walaupun hanya dibezakan satu mata dengan pasukan tangga kedua, Borussia Dortmund, namun Bayern memiliki peluang lebih cerah untuk menjadi juara memandangkan saingan liga berbaki dua perlawanan sahaja lagi.

Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel percaya kemenangan itu mampu menjadi pembakar semangat buat pemain-pemainnya dalam dua perlawanan terakhir, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi.

“Kemenangan ini satu keputusan yang baik dan berikan kami lebih keyakinan untuk dua perlawanan akan datang. Saya gembira kerana kami cipta banyak peluang dan bermain baik sejak awal permainan.

“Saya yakin kami berada di landasan yang betul kerana kemenangan ini pastinya mencipta aura positif dalam bilik persalinan. Justeru, kami perlu kekalkan rentak sebegini hingga ke akhir musim,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Serge Gnabry menjaringkan dua gol buat Bayern, manakala Tho­mas Muller, Joshua Kimmich, Matthys Tel dan Noussair Mazraoui masing-masing menjaringkan satu gol.

Dalam pada itu, Tuchel turut melakukan kejutan apabila menyenaraikan Muller dalam kese­belasan utama selepas lama disih­kan sejak beliau dilantik sebagai pengendali Bayern Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI