fbpx

Buat aduan jika beli telur omega palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (tiga, kiri) ketika mengadakan lawatan ringkas sempena Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Giant di Gombak, Selangor hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

GOMBAK – Para pengguna disarankan untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung isu telur omega palsu yang didakwa berlaku di seluruh negara ketika ini.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberikan panduan itu kepada orang ramai sekiranya telur yang dibeli tidak sepertimana yang dinyatakan iaitu sebagai telur omega.

“Pada bila-bila masa sama ada di pasar raya atau kedai, jika dia beli telur yang diletakkan sebagai premium (omega) tetapi tidak yakin, dia boleh membuat laporan terus kepada pihak kami.

“KPDN kemudian akan menyerahkan laporan itu kepada pihak Jabatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya standard telur tersebut dapat diabsahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah bersama Giant di Pasar Raya Giant, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan ladang-ladang telur di seluruh negara didakwa menggunakan syarikat subsidi untuk menipu label telur biasa yang ditukar kepada omega bagi mengelak kawalan harga.

Tambah Salahuddin, isu berkaitan telur itu akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara itu, mengulas cadangan bekas menteri KPDN, Tan Sri Shahrir Ab. Samad bahwa subsidi gula pasir wajar dihentikan, Salahuddin berkata, perkara itu sedang dibincang bersama tiga kementerian lain.

“Perbincangan sedang dilakukan melibatkan Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Kita akan kemukakan solusi berhubung (subsidi) itu dalam masa terdekat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI