fbpx

Banyak kes cerai, penyondol, Ruhainies kecut perut nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHANIES

PETALING JAYA – Pelakon jelita, Ruhainies me­ngakui dirinya takut untuk berumah tangga ekoran banyak kes perceraian disebabkan golo­ngan penyondol dalam kalangan selebriti sejak akhir-akhir ini.

Ruhainies atau nama sebenar­nya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, buat masa ini dia selesa hidup solo demi menstabilkan status kewangan dan mahu memberikan fokus terhadap ibu bapa.

“Sejujurnya, memang takut nak melangkah ke alam perkahwinan disebabkan apa yang berlaku sekarang.

“Orang bercerai sini sana dan kebanyakan melibatkan golongan selebriti, mana saya tak cuak dengan apa yang berlaku.

“Doa saya semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik dan dapat berkekalan hingga akhir nyawa. Siapa yang mahukan perceraian apabila sudah berkahwin? Saya pun tak mahu,” katanya kepada Kosmo!.

Ditanya tentang lelaki yang sedang bertakhta di hatinya sekarang, pelakon yang dikenali menerusi drama rantaian, Hello, Mr. Perfect! itu memilih untuk berhati-hati berkongsi hal peribadi.

“Saya dah tak mahu cerita lebih-lebih tentang soal peri­badi terutama soal cinta. Kalau dah betul-betul yakin cinta memang bersatu hingga ke jenjang pelamin, baru saya akan umumkan.

“Buat masa sekarang, saya begini sahajalah. Sibuk dengan kerjaya lakonan, masa dengan ibu bapa dan perniagaan.

“Kalau ada rezeki berkahwin, saya tidak akan tolak, namun kalau masih juga belum sampai, saya akan tunggu jodoh dengan penuh setia,” ujarnya.

Ruhainies sebelum ini pernah berkongsi tentang hubungan cinta dengan seorang lelaki yang hanya dikenali dengan nama Mr. E, namun sehingga kini, belum ada perancangan ingin ke alam perkahwinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI