PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu ramai rakyat Selangor menghadiri sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani di Gombak semalam.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau dapat bertemu dengan ramai anak Selangor dan melihat semangat kasih sayang serta silaturahim terus utuh dan kuat bersemangatkan Aidilfitri Mubarak.
“Sekalung penghargaan buat semua yang hadir terutama anak Selangor serta kepada pihak yang terlibat menjayakan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani khususnya kerajaan Selangor.
“Saya mohon maaf sekiranya ada yang tidak sempat saya bersalam dan bertegur sapa. Insya-Allah kita pasti ketemu lagi di lain waktu. Terus sebarkan mesej kasih sayang dan rahmah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE