fbpx

20,000 tandatangan dalam talian Proklamasi Orang Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir (dua kiri) menerima borang tandatangan proklamasi itu pada majlis berkenaan di Puncak Alam, Kuala Selangor, malam ini.

KUALA SELANGOR – Agenda penyatuan orang Melayu merentasi parti, Proklamasi Orang Melayu setakat ini menerima lebih 20,000 tandatangan rakyat secara dalam talian.

Pengerusi Sekretariatnya, Datuk Marzuki Yahya berkata, tandatangan itu diperoleh sejak pihaknya menyediakan borang proklamasi berkenaan lebih sebulan lalu.

Kata beliau, sekretariat itu sudah mengeluarkan 100,000 borang berkenaan untuk diedarkan di seluruh negara kecuali Sarawak.

“Jumlah keseluruhan kutipan tandatangan itu bagaimanapun belum dipastikan dan akan diumumkan kelak.

“Namun, kita yakin akan mendapat sebanyak mungkin tandatangan rakyat pada fasa kedua dan menjelang Julai nanti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bandar Puncak Alam di sini, malam ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan beberapa pemimpin Pas termasuk presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Jelas Marzuki, pihaknya turut yakin akan terus mendapat sokongan pemimpin Pas, Bersatu dan UMNO dengan sasaran mengumpul sejuta tandatangan.

Sementara itu, Mahathir hanya memaklumkan lebih 1,000 tandatangan diperoleh daripada penduduk DUN Jeram namun enggan mengulas lanjut perkara lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI