fbpx

Sukan SEA: Hannah masih harap ada kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH mengakui masa semakin suntuk untuk kontinjen negara meraih sasaran 40 pingat emas yang diletakkan.

MASA semakin suntuk buat kontinjen negara untuk mencapai sasaran 40 pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang berbaki tiga hari sahaja lagi sebelum melabuhkan tirainya secara rasmi Rabu ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui perkara itu dan berharap kontinjen negara berupaya menambah jumlah pungutan pingat emas dalam tempoh tersebut.

“Saya tahu delegasi di Kemboja berada dalam tekanan sangat tinggi kerana mereka nak capai sasaran 40 emas selepas terlepas beberapa pingat emas. Ada juga kejutan daripada sukan bukan prospek, tetapi berjaya memenanginya.

“Selepas mereka pulang, kita akan lihat perjalanan setiap sasaran yang kita terlepas dan apa kita boleh lakukan untuk membantu atlet-atlet,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, Bukit Kiara semalam.

Sementara itu, Hannah me­ngakui memahami keluhan daripada Persatuan Kriket Malaysia (MCA) mengenai penglibatan atlet naturalisasi yang digunakan tuan rumah, Kemboja pada temasya tersebut.

Bagaimanapun, Hannah menjelaskan, beliau perlu mendengar pandangan daripada pihak lebih pakar seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan persatuan sukan terlebih dahulu.

“Semalam (kelmarin) persa­tuan kriket membuat kenyataan mereka tidak berpuas hati de­ngan Kemboja yang menggunakan ramai warga asing.

“Soal teknikal dan keperluan semua itu saya akan dengar dulu daripada yang pakar sebelum kita tengok apa kita boleh bantu untuk membantu membaiki perjalanan di Sukan SEA,” jelasnya.

Tindakan Kemboja menggunakan hampir semua pemain naturalisasi menyebabkan Malaysia tewas kepada lawan itu, sekali gus terlepas pingat emas acara T-50 pada final yang berlangsung 7 Mei lalu.

Setakat petang semalam, kontinjen negara sudah berjaya me­raih keseluruhan 28 pingat emas, 35 perak dan 62 gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI