fbpx

Rakyat Thailand keluar mengundi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Suruhanjaya Pilihan Raya memeriksa kertas undi untuk diedarkan ke pusat-pusat mengundi di Bangkok semalam. – AFP

BANGKOK – Rakyat Thailand mula mengundi pada pukul 8 pagi (waktu tempatan) hari ini dalam Pilihan Raya Umum negara itu yang berkemungkinan menyaksikan parti pembangkang pro-demokrasi mengalahkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha yang disokong tentera, selepas hampir sedekad berkuasa.

Pengundi dijangka memberikan kekalahan besar kepada bekas ketua tentera dan ketua rampasan kuasa itu selepas kempen dilaksanakan sebagai pertembungan antara generasi muda yang mendambakan perubahan.

Parti pembangkang utama, Pheu Thai, pimpinan anak perempuan kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra, mendahului sokongan rakyat dalam tinjauan pendapat akhir yang dijalankan.

Paetongtarn Shinawatra, dalam kempen terakhirnya Jumaat lalu memberitahu kira-kira 10,000 penyokongnya bahawa pilihan raya hari ini akan menjadi sejarah di mana Thailand akan berubah daripada sistem pemerintahan junta kepada demokrasi.

Sementara Prayut yang mengetuai rampasan kuasa tentera pada 2014, menjalankan kempen yang disifatkan hambar.

Kira-kira 52 juta pengundi bakal memilih 500 ahli dewan rakyat baharu yang akan berkhidmat selama empat tahun akan datang.

Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang (waktu tempatan). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI