fbpx

Penunggang motosikal maut, langgar kereta masuk simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal BMW S1000RR yang ditunggang oleh Anuar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 89, Jalan Batu Pahat - Mersing, Kluang, petang tadi.

KLUANG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas melanggar sebuah kereta yang cuba memasuki simpang dalam kejadian di Kilometer 89, Jalan Batu Pahat – Mersing, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 3.50 petang itu melibatkan motosikal jenis BMW S1000RR yang ditunggang lelaki yang dikenali sebagai Anuar, 29, dan kereta Proton Persona dipandu oleh Abdullah Fariz, 50.

Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua kenderaan terlibat datang dari arah yang sama iaitu dari Kluang ke Kahang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa yang berada di belakang cuba untuk memotong kereta Proton Persona namun dalam masa sama kereta berkenaan bertindak memasuki simpang di sebelah kanan.

“Akibat daripada itu, mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar sebelah kanan kereta Proton Persona menyebabkannya hilang kawalan sebelum tercampak ke bahu jalan dan mengalami kecedaraan parah bahagian dalaman badan,” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Bahrin lagi, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang datang sejurus kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan dan dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini, untuk proses bedah siasat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI