PETALING JAYA – Pengendali makanan diingatkan supaya mematuhi peraturan memakai apron dan penutup kepala.
Public Health Malaysia dalam satu hantaran berkata, pengendali makanan juga tidak boleh memakai aksesori serta barang kemas semasa mengendali makanan di premis masing-masing.
“Banyak kali muncul di FYP. Memang terliur lihat menu nasi lemak akka, sangat menyelerakan!
“Tapi harap semua pengendali makanan dapat mematuhi peraturan sebagai pengendali makanan,” katanya di sini hari ini.
Menurut hantaran itu lagi pengendali makanan perlu memakai apron, penutup kepala serta dapatkan vaksin tifoid.
“Pengendali makanan juga perlu menghadiri kursus pengendalian makanan dan tidak memakai sebarang aksesori semasa menjual makanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.