fbpx

Paras air Sungai Muda turun mendadak, bekalan mungkin terganggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paras air Sungai Muda turun mendadak menyebabkan pengeluaran loji Rawatan Air Sungai Dua terjejas ketika ini.

GEORGE TOWN – Penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang, Kepala Batas dekat sini sejak pukul 5 pagi tadi telah menyebabkan pengeluaran loji Rawatan Air Sungai Dua terjejas ketika ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) dalam satu kenyataan berkata, PBAPP telah menyalurkan air dari Empangan Mengkuang sebagai tindakan kecemasan buat masa ini.

Menurutnya, walau bagaimanapun, jumlah air yang disalurkan dari Empangan Mengkuang masih tidak mencukupi untuk menampung penurunan mendadak paras air Sungai Muda.

“Buat masa kini, Loji Rawatan Air Sungai Dua tidak dapat beroperasi secara normal untuk merawat air 1000 juta liter sehari (JLH) untuk dibekalkan ke kawasan Seberang Perai dan juga kawasn sekitar Pulau Pinang.

“Tahap pengeluaran Loji Rawatan Air Sungai Dua terhad kepada 600-650 juta liter sehari sehingga keadaan air mentah di muka sauk Lahar Tiang mencapai simpanan 100 peratus (berdasarkan pemulihan paras air di Sungai Muda),” katanya.

Justeru, ekoran keadaan tersebut, pengguna air di Pulau Pinang di sesetengah kawasan akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air bermula hari ini sehingga Rabu (17 Mei).

“Para pengguna dinasihati untuk menyimpan air dengan secukupnya. Jurutera-jurutera PBAPP bekerja keras untuk memulihkan bekalan air mentah di muka sauk Lahar Tiang dan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua boleh pulih sepenuhnya,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI