fbpx

Mangsa gempa bumi Turkiye enggan undi Erdogan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita membuang undi di sebuah pusat mengundi di Ankara, hari ini. - AFP

ANKARA – “Kami mahukan perubahan, cukuplah setakat ini,” kata Mehmet Topaloglu, yang menjadi antara penduduk terawal membuang undi hari ini di bandar selatan Turkiye, Antakya, yang musnah akibat gempa bumi kuat pada Februari lalu.

Bagi Topaloglu, gempa bumi berkekuatan 7.8 pada skala Richter yang membunuh 50,000 orang di negara itu serta keadaan ekonomi telah mengubah keadaan undian. Ia dilihat bakal menamatkan pemerintahan Presiden Recep Tayyip Erdogan selama lebih dua dekad.

“Saya mengundi Erdogan untuk tempoh dua penggal, namun tidak akan mengundinya lagi walaupun dia adalah bapa saya,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat undian.

Sementara itu, bagi Aylin, 23, gempa bumi dan tindak balas kerajaan yang tidak mencukupi ketika bantuan diberikan mempengaruhi undiannya antara Erdogan dan saingan beliau, Kemal Kilicdaroglu.

“Kerajaan pusat tidak memberi bantuan kepada kami serta-merta. Mereka hanya tiba tiga atau empat hari selepas gempa bumi,” katanya sambil menambah, sokongan terhadap Erdogan di wilayah Hatay pasti banyak berkurang.

Rakyat Turkiye keluar mengundi hari ini dalam pilihan raya penting yang dilihat sama ada memanjangkan tempoh kuasa Erdogan yang telah menjangkau 21 tahun atau bertukar tangan kepada pesaingnya.

Pusat-pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang (waktu tempatan). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI