fbpx

Kosmo!, Utusan Malaysia janji liputan terbaik musim haji kali ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Turmadzi pada majlis keraian kumpulan kedua petugas haji berlepas ke tanah suci di Pusat Konvensyen Movenpick hari ini. -FOTO - AMREE AHMAD/KOSMO!

SEPANG – Selepas tiga tahun, pembaca Kosmo! dan Utusan Malayisa berpeluang mendapat pelbagai khabar perkembangan mutakhir ibadah haji secara langsung dari tanah suci.

Pengarang Berita Kosmo!, Turmadzi Madun, antara 13 petugas media tempatan yang diberikan peluang oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk membuat liputan terus dari kota suci di sana.

Ketika ditemui pada majlis keraian kumpulan kedua petugas haji di Pusat Konvensyen Movenpick di sini hari ini, beliau turut bersyukur kerana dipilih bagi menjadi tetamu Allah.

“Alhamdulillah, saya memang terkejut sebab jika ikut giliran sepatutnya amat jauh lambat lagi namun diberikan rezeki sebagai petugas haji musim ini,” katanya dalam nada terharu.

Dia yang memulakan karier dalam bidang kewartawanan dengan menyertai akhbar ini sejak 2004 lalu, turut berasa haru apabila menerima tawaran bagi membuat liputan haji.

Kali terakhir, Kosmo! dan Utusan Malaysia mendapat peluang untuk tugasan tersebut pada tahun 2019 sebelum musim haji dihadkan ekoran penutupan sempadan berikutan Covid-19.

Turmadzi, 44, berkata, tanah suci di Mekah dan Madinah bukan asing bagi dirinya berikutan pernah menunaikan ibadah umrah dan ziarah pada 2012 lalu bersama ahli keluarganya.

“Cuma kali ini agak berdebar kerana saya perlu hantar laporan berita setiap hari ke tanah air untuk tatapan pembaca yang ingin tahu apa berlaku di sana dari sudut kita,” katanya.

Ujarnya, ini kali pertama dia menunaikan ibadah haji dan lebih mencabar apabila perlu juga bertugas setiap hari tanpa ada cuti ketika cuaca panas terik di sana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI