fbpx

Isteri maut, suami parah kereta bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Waja dinaiki pasangan suami isteri tersebut yang terlibat kemalangan dengan lori treler di Kilometer 43.5 Jalan Johor Bahru - Mersing, pagi tadi.

KOTA TINGGI – Seorang wanita maut selepas kereta Proton Waja dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan baja di Kilometer 43.5 Jalan Johor Bahru – Mersing, pagi tadi.

Mangsa, Masroha Ali, 37, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang dikenali sebagai Mohd Fazuan Abu Hassan, 38, mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 8.10 pagi.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki warga tempatan dengan sebuah treler jenis Scania yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 31 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler gagal mengawal kenderaan dan termasuk ke laluan bertentangan iaitu laluan menghala ke Johor Bahru dan bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh pasangan suami isteri tersebut.

“Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu kereta mengalami kecederaan parah iaitu patah kedua-dua kaki dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail manakala penumpangnya mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI