fbpx

Insurans Rahmah bakal diperkenalkan hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin Ayub.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal memperkenalkan Insurans Rahmah bagi memperluaskan lagi inisiatif Payung Rahmah di bawah Kerajaan Perpaduan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pakej tersebut bakal memanfaatkan golongan B40 dan juga miskin tegar dalam mendapani kos sara hidup ketika ini.

“Insya-Allah hujung bulan ini, kita akan perkenalkan Insurans Rahmah melalui pakej Payung Rahmah, ini semua kita sudah lakukan dengan penuh teliti kerana ada ada pihak yang mempertikaikan adakah program ini boleh kekal atau tidak.

“Kekuatan kepada inisiatif ini didukung oleh pemain-pemain industri dan mereka sanggup untuk membantu walaupun falsafah dalam bentuk ekonomi boleh dibahaskan dengan lebih lanjut dengan rakan saya Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog dalam memperkaskan ekonomi rakyat di Dewan Merdeka sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin turut menjelaskan beberapa usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam menyentuh golongan sasar melalui pelbagai pakej di bawah Payung Rahmah.

Antaranya Harga Rahmah, Menu Rahmah, Bazar Ramadan Rahmah dan juga Servis Rahmah.

“Sebagai contoh, ada 14,000 barangan keperluan asas rakyat yang hari ini rakyat dapat beli dengan diskaun dari tiga peratus sehingga 50 peratus.

“20 barangan asas yang diperlukan golongan isi rumah daripada kalangan B40 dan miskin tegar yang masuk ke dalam troli mereka itu, kalau tidak ada pemotongan menerusi pakej Harga Rahmah, maka pembayaran mereka lebih RM20 hingga RM25,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI