fbpx

EPL: Arsenal masih belum sampai kemuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mengakui beliau masih memiliki banyak idea untuk meningkatkan prestasi Arsenal dan menganggap para pemain juga belum mencapai tahap kemuncak prestasi. – AFP

LONDON – Pengendali Arsenal, Mikel Arteta memberi amaran kepada para pencabar bahawa pemain-pemainnya masih belum berada pada tahap kemuncak pres­tasi biarpun sedang mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengurus dari Sepanyol itu mendedahkan bahawa beliau masih mempunyai banyak idea dan falsafah bola sepak yang masih belum diterapkan untuk membina pasukan berkenaan biar­pun ia semakin membuahkan hasil.

Arsenal ketika ini ketinggalan satu mata di belakang Manchester City yang masih kekurangan satu perlawanan ketika mereka dijadual turun menentang Brighton pada aksi EPL malam ini.

“Kami masih jauh daripada pres­tasi yang saya mahukan. Kami masih boleh memberikan aksi lebih baik berbanding apa yang dipamerkan ketika ini.

“Kami boleh menambah baik dari segi merangka permainan, situasi satu lawan satu ketika menyerang, membuka ruang sewaktu melancarkan serangan, set-piece dan mampu menjadi lebih kejam untuk ‘membunuh’ perlawanan.

“Masih ada lagi perkara yang kami boleh tingkatkan ke­rana belum ada seorang pun pemain kami yang mencapai tahap kemuncak prestasi mereka setakat ini,” katanya.

Arsenal mampu untuk kembali menguasai takhta liga sekiranya berjaya menewaskan Brighton sambil berharap City gagal meraih mata penuh apabila turun menentang Everton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI